Arkib

Archive for Januari 2010

KANDUNGAN FAIL KUASA PSS

30 Januari 2010 Tinggalkan komen

Bahagian-bahagian dalam Fail Kuasa:-

Fail Kuasa PSS terdiri daripada bahagian-bahagian yang dinyatakan seperti berikut:-

(a)  Muka surat judul

(b)    Pengenalan kepada Fail Kuasa

(c)  Isi kandungan Fail Kuasa

(d)  Kandungan dan pindaan mengikut bab

Susunan kandungan Fail Kuasa:-

Kandungan dalam Fail Kuasa hendaklah disusun seperti berikut:-

(a)  Setiap bab akan dinamakan mengikut tajuk utama

(b)  Selepas tajuk utama akan disusun pula kandungan bab berkenaan

(c)  Borang berkuatkuasa bab berkenaan yang telah disahkan

(d)  Jika ada pindaan, borang pindaan akan disusun di akhir bab berkenaan

mengikut bilangan pindaan (sila rujuk Lampiran B – gunakan kertas berwarna hijau).

Kategori:PSS Tag:, , , ,

Prosedur Penyediaan Fail Kuasa PSS

22 Januari 2010 1 komen

GPMS haruslah bertanggungjawab merangka isi kandungan sesebuah Fail Kuasa sebelum dibentangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Induk PSS. Ini adalah kerana salah satu fungsi utama jawatankuasa tersebut adalah menentukkan dasar atau polisi mengenai peraturan , perlantikkan jawatankuasa, pemerolehan bahan, proses kerja dan sebagainya. Selepas mendapat persetujuan dalam mesyuarat tersebut barulah Fail kuasa berkenaan dikuatkuasa sepenuhnya.GPMS perlu mengisi “Borang Pengesahan Bab Fail Kuasa PSS” yang dicetak dengan kertas warna kuning.

Kategori:PSS Tag:, , , ,

Tujuan Fail Kuasa PSS

19 Januari 2010 Tinggalkan komen

1. Tidak menjejaskan pengurusan PSS apabila berlaku pertukaran Guru Perpustakaan dan Media Sekolah (GPMS)

2. GPMS baru dapat terus menyambung kerja dan tugas dengan merujuk fail kuasa tersebut.

3. Mengelak berlakunya percanggahan idea dalam proses kerja di kalangan ahli jawatankuasa dan kakitangan PSS.

4. Dapat mewujudkan satu penyelarasan dan kesinambungan dalam pengurusan dan pentadbiran PSS.

-dipetik dari buku panduan pengurusan PSS untuk GPMS keluaran BTP-

Kategori:PSS Tag:, , ,

Fail Kuasa PSS

17 Januari 2010 1 komen

Fail kuasa PSS adalah fail yang paling penting dalam menguruskan sesebuah PSS. Fail Kuasa merupakan rekod penting tentang dasar / polisi dan keputusan-keputusan yang diambil mengenai satu-satu prosedur PSS.

Anggapan yang mengatakan bahawa Fail Kuasa itu sama dengan “Rancangan Pembangunan PSS (Blue Print)” adalah salah.  ‘Blue Print’ adalah sebahagian daripada Fail Kuasa.  Dengan itu segala perkhidmatan, program dan aktiviti yang dirancangkan dapat dilaksanakan mengikut landasan yang ditetapkan dalam fail kuasa.

Fail Kuasa merupakan satu rekod tentang pernyataan dasar dan keputusan yang diambil tentang satu-satu prosedur PSS.  Fail Kuasa PSS harus dirangka secara kolektif oleh Ahli Jawatankuasa PSS dan perlu diubah suai dari semasa ke semasa mengikut keperluan PSS berkenaan.

Kategori:PSS Tag:, , ,

Iklan Sikit

15 Januari 2010 3 comments

Tiada Salahnya Kerja “9-To-5″ Atau “Lebih Sikit Daripada Pokai”
oleh Zamri Nanyan

Apabila saya nampak usahawan internet yang melakukan bisnes internet mereka secara sepenuh masa mempersendakan orang yang masih bekerja, saya rasa amat marah sekali.

Komen seperti J-O-B (Kerja) diumpamakan seperti “Just Over Broke” (Lebih Sikit Daripada Pokai) atau “Rat Race” (Larian Tikus Dalam Gelung yang tak pernah selesai) membuatkan saya tersinggung. Semasa saya bekerja dahulu dan juga membina bisnes internet pada masa yang sama, saya telahpun didedahkan dengan ayat-ayat seperti ini untuk mempengaruhi saya untuk berhenti bekerja dengan orang lain.

Pada saya, bukan semua kerja dengan orang itu sesuatu yang buruk. Sebagai contoh, guru, doktor, posmen, pemandu bas, penebar roti canai, penoreh getah dan sebagainya mempunyai peranan mereka sendiri. Kalau tiada mereka yang masih mempunyai “Just Over Broke”, anda mungkin tidak dapat menikmati roti canai yang sedap. Anda mungkin akan mati kerana tidak diberikan ubat yang dapat menyembuhkan penyakit anda. Kereta mewah yang anda pandu mungkin tidak akan gunakan tayar getah yang berkualiti. Anak anda mungkin tidak akan menjadi insan yang handal pada suatu masa nanti disebabkan tiada guru yang berminat untuk mengajar.

Anda boleh lihat di sini bahawa inilah pengorbanan mereka kepada sosial. Inilah kontribusi mereka kepada perkembangan ekonomi. Inilah juga sumber pendapatan internet anda sekiranya produk yang anda jual dibeli oleh mereka.

Sesetengah orang memang tidak mempunyai kemahiran untuk menjadi usahawan dan tidak pun berminat untuk menjadi usahawan. Disebabkan faktor tertentu, mungkin mereka lebih sesuai untuk menjadi pekerja seumur hidup mereka.

Tugas saya dan anda sebagai usahawan internet ialah memberikan peluang bahawa dengan mempunyai pekerjaan tetap, mereka masih lagi mampu membina saluran pendapatan tambahan selain daripada gaji bulanan. Memang pendapatan di internet boleh dijana secara separuh masa. Saya katakannya begitu kerana saya juga pernah membina bisnes internet semasa masih mempunyai pekerjaan tetap selama 7 tahun. Walaubagaimanapun, sekiranya mereka tidak nampak peluang yang disediakan di hadapan mereka, tiada apa yang boleh dilakukan lagi selain daripada berharap yang suatu hari nanti minda mereka akan terbuka.

Jika anda masih lagi mempunyai pekerjaan, mempunyai cita-cita untuk membina bisnes secara sepenuh masa sekarang, jangan tunggu lama-lama. Mulakan langkah anda dan bina bisnes anda secara separuh masa.

Kelebihan membina bisnes internet atau bisnes konvensional semasa anda mempunyai pekerjaan ialah anda mempunyai peluang untuk membina “keuntungan” di samping mempunyai “gaji” tetap. Gaji anda boleh menampung segala keperluan pembinaan bisnes anda tanpa anda perlu berasa risau untuk mendapatkan modal pusingan dari bisnes anda sendiri. Tidakkah ini sesuatu kelebihan yang anda perolehi berbanding mereka yang terus terjun ke bidang perniagaan tanpa mempunyai plan jangka masa panjang?

Simpan modal bulanan untuk anda membina bisnes anda setiap kali anda dapat gaji. Jika 10% gaji anda adalah sesuatu yang anda mampu, anggaplah 10% pelaburan tersebut akan digunakan untuk anda belajar membina bisnes, membeli peralatan bisnes dan seterusnya memperkembangkan bisnes anda. Bila keuntungan anda bertambah, anda akan terkejut yang suatu hari nanti, anda sudah tidak perlukan lagi modal simpanan 10% gaji anda tersebut kerana keuntungan anda sudahpun melebihi 100% gaji yang anda perolehi.

Jadi, jangan berasa kecewa jika anda tidak dapat membina bisnes internet sepenuh masa lagi. Sebaliknya, bersyukur kerana pekerjaan anda mampu memberi anda peluang untuk berjinak-jinak dengan bisnes kegemaran anda.

Mengenai Penulis

Zamri Nanyan mula berkecimpung di dalam Perniagaan Internet sejak tahun 2003. Internet juga memberikan Zamri kebebasan untuk meluahkan fikiran beliau, menambah ramai kenalan dari serata dunia dan menjana pendapatan pada masa yang sama. Beliau berasa puas sekiranya dapat membantu lebih ramai orang membongkar rahsia menjana pendapatan melalui Internet. Lawati laman web beliau dihttp://PerniagaanInternet.ws/r/jeditm untuk mengenali Zamri Nanyan dengan lebih dekat.

Lagu Nilam

10 Januari 2010 2 comments

Membaca dan belajar

Amalan hidup mulia

Jadikanlah panduan

Wawasan anda

Nilam program membaca

Memberikan semangat

Membaca dengan jaya

Budaya kita

Bina Tabiat membaca

Matlamat Nilam kita

Ganjaran yang diberi

tidak terhingga

Jadi rakan pembaca

Juga capai jauhari

Pembaca yang bestari

Anugerah diberi

c/o

Nilam Nilam

Anugerah Nilam

Menerangi jalan suram

Nilam Nilam

Anugerah Nilam

Idaman pembaca jaya

Membaca dan belajar

Amalan hidup mulia

Bina tabiat membaca

Matlamat Nilam kita

Dunia indah sekali

Pasti lebih berseri

Amalan membaca

Menjana minda bestari

(ulang Chorus)

Amalan membaca

Menjana minda bestari

NILAM

Download mp3 disini

Kategori:Nilam Tag:, ,

Fungsi-Fungsi PSS

10 Januari 2010 Tinggalkan komen
  1. Mengenal pasti dan menyediakan koleksi bahan untuk keperluan kurikulum dan ko kurikulum
  2. Berkhidmat sebagai pusat bahan dan alatan yang boleh digunakan secara individu atau kumpulan dalam proses pembelajaran.
  3. Merupakan tempat bahan pengajaran dan pembelajaran yang boleh dipilih dan dinilai untuk kegunaan dalam kelas atau di rumah.
  4. Menjadi pusat perhubungan diantara sekolah dengan agensi maklumat lain bagi tujuan perolehan atau pinjaman bahan yang diperlukan.
  5. Memberi panduan mencari, mengguna, menghasil dan mempersembahankan maklumat selaras denga keperluan kurikulum.
  6. Menggalakkan dan mempromosikan aktiviti membaca dan kemahiran maklumat.
  7. Menyediakan peluang pelajar mengambangkan kemahiran pembelajaran kendiri.
  8. Menyediakan kemudahan untuk menyokong aktiviti pembelajaran.
  9. Membuat perancangan supaya koleksi bahan dan alatan selaras dengan keperluan semasa dan perkembangan terkini dalam bidang pendidikan dan teknologi.
  10. Menyediakan alatan reprografi dan rakamsalin serta memberi perkhidmatannya bagi memudahkan proses pembelajaran.

-dipetik dari buku Panduan Pengurusan dan Penggunaan Pusat Sumber Sekolah, tulisan Jamaiah Hj Osman dan Yusop Khan Loth Khan-

Kategori:PSS Tag:, , , ,

Pelaksanaan NILAM

7 Januari 2010 Tinggalkan komen

Bagi memastikan program ini berjalan lancar dan dapat dihayati oleh semua warga sekolah, pihak pentadbir sekolah terutama sekali Guru Besar / Pengetua perlu dahulu memahami konsep dan matlamat program ini. Ini kerana mereka perlu memberi taklimat dan penerangan tentang program  ini kesemua warga sekolah. Antara perkara-perkara yang perlu mereka terangka ialah :

  1. Latar belakang gerakan membaca.
  2. Apa itu Nilam
  3. Tujuan Nilam
  4. Aktiviti asas Nilam
  5. Tahap pertama Nilam
  6. Tahap kedua Nilam
  7. Sistem kawalan
  8. Pengiktirafan.

Manakala mesyuarat guru juga perlu diadakan bagi melancarkan lagi perjalanan program ini. Antara agenda yang perlu dibincangkan ialah:

  1. Menyediakan carta organisasi
  2. Menentukan peranan GPMS, Setiausaha Nilam, guru kelas dan guru matapelajaran.
  3. Menyediakan senarai tugas / melibatkan semua staf.
  4. Menentukan dan menyusun jadual perlaksanaan.
  5. Menentukan bahan mencukupi.
  6. Memastikan kelancaran perjalanan program dari segi;
  • pengumpulan data
  • pengesahan
  • pengawalan
  • penilaian.
Kategori:Nilam Tag:,

Gagah Apabila Mampu Mengawal Marah

6 Januari 2010 Tinggalkan komen

Siapakah manusia paling gagah? Badang? Hercules? Menurut Nabi “Manusia yang gagah bukanlah dia yang mampu menjatuhkan lawannya, sebaliknya yang gagah adalah dia yang mampu mengawal perasaan marahnya.”

Mereka yang mampu mengawal perasaan marah melambangkan peribadi yang mampu mengawal diri mereka sendiri. Orang yang mampu mengawal diri sendiri untuk tunduk kepada Tuhan sedang berjalan menuju ke syurga. Sahabat Nabi bernama Abu Darda’ pernah menyoal nabi, ” Ya Rasulullah, tunjukkan kepadaku satu amalan yang akan membawa aku ke syurga.” Nabi menjawab, “Janganlah engkau marah!” Hadis ini dilaporkan oleh Imam Thabarani da Ibn Abid Dunya dengan sanad yang baik.

-dipetik dari buku Tip-Tip Cemerlang Daripada Quran, tulisan Dr.Danial Zainal Abidin-

Kategori:Motivasi Tag:,

Program Galakan Membaca

5 Januari 2010 Tinggalkan komen

Program NILAM

Definisi:

‘NILAM’ atau Nadi Ilmu Amalan Membaca merupakan satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia untuk membina tabiat membaca di kalangan murid dengan hasrat mewujudkan masyarakat Malaysia yang cinta kepada budaya membaca dan budaya ilmu.

a) Program NILAM ini merangkumi rancangan membina tabiat membaca secara terancang dan berterusan melalui aktiviti-aktiviti galakan membaca di sekolah.

b) Ia merupakan program penilaian pembacaan yang berterusan sepanjang tahun.

c) Program ini telah mula dilaksanakan dengan Tahun Satu di sekolah rendah dan Tingkatan Satu atau Peralihan di sekolah menengah pada 1999 dan penilaian pembacaan mereka diteruskan sehinggalah mereka tamat persekolahan.

Kategori:Nilam Tag: